PPKI(BP) SMK PADANG POLO

槟城马球场国中有学习障碍融合特殊教育班
Program Pendidikan Khas Integrasi (Bermasalah Pembelajaran) SMK Padang Polo
撘建沟通的桥梁

Tuesday, 4 August 2015

Program Pembelajaran Menaiki Hop-On Hop-Off Penang

Pada 29 Julai 2015, satu Program Pembelajaran Menaiki Hop-On Hop-Off  Penang telah diadakan. Bekas Naib YDP PIBG En. Tan Leng Khuan menaja semua perbelanjaan untuk menyewa bas yang dapat memuatkan 60 orang murid dan guru PPKI selama 2 jam.

En Tan bergambar bersama guru dan murid sebelum perjalanan bermula. PK Pentadbiran SMK Padang Polo, Pn Yon Zanariah bt Osman (ketiga dari kanan) juga turut serta dalam program ini.

Bas bergerak dari sekolah ke Komtar, kemudian mengikut jalan pantai sehingga ke Taman Negara di Teluk Bahang. Bergambar di papan tanda Taman Negara.