PPKI(BP) SMK PADANG POLO

槟城马球场国中有学习障碍融合特殊教育班
Program Pendidikan Khas Integrasi (Bermasalah Pembelajaran) SMK Padang Polo
撘建沟通的桥梁

Saturday, 16 March 2013

Pembentangan i-THINK pada Majlis Pelancaran

Muhammad Munawwar b Jamil , Ho Ching dan Mohamad Sofian b Johari membuat pembentangan peta pemikiran program i-THINK pada majlis pelancaran program i-THINK sempena Mesyuarat Agung PIBG ke-38 pada 16 Mac 2013.




Saturday, 9 March 2013

Projek Khidmat Sekolah

Pelajar PKBP didedahkan dengan kerja simen pada 9 Mac sebagai sebahagian  Projek Khidmat Sekolah.



Guru PKBP turut serta dalam kerja simen di Dataran Kasih.

Wednesday, 6 March 2013

Ceramah Membuat baja organik dan baja kompos

Pada 6 Mac, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah datang ke sekolah untuk memberi ceramah serta menunjukkan cara membuat baja kompos dari sisa kebun dan membuat baja organik dari ikan, dari telur dan limau nipis serta dari buah-buahan.  


Ceramah tentang bahaya pencemaran alam sekitar dan pentingnya  baja kompos kepada alam sekitar.

Pelajar memerhatikan bagaimana membuat baja organik dari ikan.

Penyampaian cenderahati kepada Puan Saras dari CAP oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas.

Demonstrasi tentang bagaimana membuat baja kompos dari sisa kebun termasuk sisa dari bongkah cendawan.

Bergambar beramai-ramai para peserta bersama Pn Pengetua dan pegawai dari CAP.
Per

Merentas Desa Peringkat Sekolah

Acara Merentas Desa di adakan pada 6 Mac di Padang Polo. Pelajar PKBP turut mengambil bahagian. 

Bersiap sedia untuk memulakan larian.

Add caption

Kami sudah menang!


Penyampaian hadiah kepada Johan acara Merentas Desa  kategori PKBP.


Monday, 4 March 2013

Minggu Jalinan Kasih-pameran dan Jualan hasil kerja pelajar PKBP


Pameran tentang kategori keperluan khas pelajar dan jualan hasil kraf tangan diadakan pada 26 Feb

Jualan hasil masakan pelajar diadakan pada 1 Mac. Sambutan dari pelajar aliran perdana amat menggalakkan



Friday, 1 March 2013

Minggu Jalinan Kasih-pengenalan kategori pelajar PPKI

Pelajar aliran perdana didedahkan dengan kategori pelajar PPKI.. Kuiz diadakan .


Tayangan video tentang aktiviti PPKI dan maklumat tentang pelajar PPKI.

Pameran kraf tangan hasil kerja pelajar PPKI dan maklumat tentang  cabaran pelajar PPKI.

Minggu Jalinan Kasih-sukaneka bersama pelajar Tingkatan 3

Satu sukaneka khas antara pelajar PPKI dengan pelajar T3 telah diadakan pada 28 Feb untuk  menjalinkan hubungan persahabatan antara pelajar PPKI dengan pelajar aliran perdana









Minggu Jalinan Kasih 2013-LDP

Sempena Minggu Jalinan Kasih pelbagai aktiviti diadakan. Salah satunya ialah menganjurkan satu Latihan Dalam Perkhidmatan kepada semua guru SMK Padang Polo tentang Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran serta ciri-ciri dan cabaran pelajar PPKI Bermasalah Pembelajaran ini.
PKPK memberi ceramah tentang Pengenalan Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran 
Guru PPKI, En Nor Firdaus memberi penjelasan tentang pelajar lembam dan disleksia.

Guru PPKI, En Mohd Yazriha memberi penjelasan tentang pelajar Sindrom Downs.

Guru PPKI, Cik Gosilah memberi penjelasan tentang ADHD.